
Tahniah diucapkan kepada pelakon Remy Ishak yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, Ezza Yusof.
Pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak, 40 selamat diijab kabulkan dengan pasangan pilihan, Ezza Yusof sebentar tadi.
Perkembangan itu dikongsikan individu rapat kepada Ezza, Julieanaanna menerusi Instastorynya sebentar tadi.
Kedua pasangan manis mengenakan persalinan serba putih.
Majlis berlangsung sederhana di Masjid Negara dengan kehadiran terhad kepada keluarga dan kenalan terdekat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, timbul desas desus kembali bersama tahun ini selepas Remy meraikan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.
Cuba kenali wanita lain, Remy kagum Ezza tetap setia
KUALA LUMPUR : Pelakon popular, Remy Ishak, 40, mengaku dalam tempoh lapan tahun perkenalannya dengan Ezza Yusof, dia ada mencuba mengenali beberapa wanita lain terutama selepas pertunangannya dengan Ezza terputus di tengah jalan sebelum ini.
Bagaimanapun, menurut Remy, perkenalannya dengan wanita lain tidak membawanya kemana-mana kerana keserasian cuma wujud ketika dia bersama Ezza.
“Saya selalu cakap pada diri bahawa saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya. Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak. Jadi sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami.
“Tiga tahun pertama memang susah nak kenal saya. Malah, setelah kami putus tunang, saya cuba juga kenal dengan orang lain, tapi tak boleh pergi jauh.
“Saya nampak Ezza adalah wanita yang setia. Dia sentiasa ada di sisi dalam waktu jatuh dan bangun, suka dan duka. Sepanjang tempoh lapan tahun kami sama-sama saling kenal dan semakin memahami, kerana itu saya yakin dia adalah wanita yang tepat itu”katanya.
Remy berkata demikian semasa ditemui dalam satu sidang media yang diadakan secara virtual hari ini.
Selain itu, Remy juga mengaku dalam soal memilih teman hidup, sikap memilih itu perlu kerana pasangan itu adalah teman sepanjang hayat selain mengaku trauma dengan perceraian.
“Saya lahir daripada sebuah keluarga yang tak sempurna. Ibu bapa saya bercerai sebab itulah perceraian adalah satu perkara yang saya tak mahu berlaku dalam hubungan pernikahan saya dan pasangan.
“Kita bercakap soal hubungan yang dibina sampai ke Jannah. Bukan soal serasi dan kerjaya saja. Biarpun pada awalnya saya bimbang dia tak faham saya dan kerjaya dunia glamor ini, namun semakin matang, semakin dia faham.
“Ezza juga tidak melihat saya sebagai seorang aktor di dunia glamor. Bersama Ezza, dialah yang membuatkan saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata,”katanya.
Dalam pada itu, berkongsi mengenai sesi pernikahannya yang dirancang berlangsung esok. Remy menjelaskan tiada sebarang majlis diadakan memandangkan semua pihak akur dengan situasi semasa pada waktu ini.
Cuma melibatkan tiga pihak, iaitu wali, pengantin lelaki dan perempuan, Remy bersyukur akhirnya berpeluang untuk dinikahkan di masjid.
“Setelah banyak kali ditangguhkan kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kami buat keputusan untuk bernikah pada tarikh 21 Ogos (esok). Pada awalnya juga kami diberitahu lokasinya di pejabat agama.
“Tetapi di saat akhir dimaklumkan boleh bernikah di masjid dengan jumlah orang terhad. Alhamdulilah,saya bersyukur semua urusan dipermudahkan-Nya,”katanya.
Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka terputus pada 2019.
Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran. Ia sekaligus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut.
Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu terpaksa dibatalkan.
Biodata Ezza Yusof, Isteri Pelakon Remy Ishak
Siapa Ezza Yusof? Pemilik nama sebenar Roszaliza Yusof ini merupakan bekas tunang kepada pelakon Remy Ishak. Mereka yang kini berhubung kembali, bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis nikah yang dijadual berlangsung pada Sabtu.
Sementara menantikannya, jom kita sama-sama semak butiran info biodata mengenai Ezza!
Biodata / Profile / Latar Belakang
- Nama penuhnya, Roszaliza Yusof.
- Disapa dengan nama komersial, Ezza Yusof.
- Berumur 38 tahun (2021).
- Berasal dari Pahang.
- Kelahiran 24 Mac 1983.
- Graduan daripada Kolej Cosmopoint yang berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik Dan Multimedia.
- Bertapak dalam kariernya sejak tahun 2014.
- Kini memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow.
- Pernah mereka kasut pengantin untuk beberapa figura ternama tanah air seperti Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler, Indah Ruhaila, Lufya Omar, Tasha Manshahar, Farahanim Razak dan Syafiqah Aina.
- Akaun Instagram (IG) beliau yang didaftarkan atas nama @ezzarl mempunyai lebih 90,000 pengikut.
Fakta Menarik
- Merupakan teman rapat kepada aktres Nad Zainal.
- Memutuskan untuk berhijab sejak Februari 2017.
- Berkenalan dengan Remy Ishak sejak 2013 sebelum mengikat tali pertunangan dengan aktor itu pada Mei 2017. Mereka bagaimanapun putus tunang pada 2019.
- Hubungan yang berakhir, terjalin semula lewat ini yang bakal membawa ke fasa perkahwinan pada 21 Ogos 2021.
- Ezza pernah disangka berstatus janda gara-gara menjaga dua kanak-kanak bernama Dania dan Damia yang walhal adalah anak angkat kepada Remy.
Gambar
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Sumber Kosmo/Illuminasi
Leave a Reply