
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung siasatan kenyataan terhadap pendakwah terkenal Ebit Lew.
Peguamnya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata anak guamnya yang turut dikenali sebagai Nadir Al-Nuri, sudah dihubungi oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, hari ini, bagi meminta kerjasama dalam membantu polis menjalankan siasatan kes berkenaan.
“Anak guam kami sudahpun memaklumkan untuk memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.
“Walaubagaimanapun sebagaimana diketahui umum, anak guam kami (dan orang lain juga) menghadapi kesukaran untuk keluar dari Gaza, Palestin, dan masuk semula jika beliau keluar buat masa ini disebabkan sempadan keluar dan masuk Gaza dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan situasi terkini di Palestin,” katanya dalam satu kenyataan media malam tadi.
Zainul Rijal berkata anak guamnya kini sedang melanjutkan pengajian di Gaza dan melaksanakan pelbagai aktiviti masyarakat sivil membantu warga Gaza di sana, khususnya bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia.
“Anak guam kami sedia memberi kerjasama dalam apa juga keterangan yang dibuat mengikut undang-undang demi membantu keadilan dilaksana.
“Sehingga kini anakguam kami masih belum mengetahui butiran laoran polis yang dibuat oleh pihak terbabit secara terperinci,” katanya.
Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan hari ini adalah bagi menafikan dakwaan yang tular yang menyatakan anak guamnya itu tidak membalas pesanan telekomunikasi yang dihantar oleh pihak polis sehingga terpaksa meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).
Tak Jadi Balik, Caprice Koyak Tiket Penerbangan Ke Malaysia
“Semuanya semakin pelik..” begitulah kata Caprice berkenaan situasi yang terpaksa dihadapinya kini apabila dia didakwa enggan memberi kerjasama sehingga diburu oleh Interpol berkenaan kes melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Menurut Caprice, dia berasa sungguh kusut dengan keadaan dan situasi yang berlaku pada ketika ini seperti mana yang diluahkan penyanyi rap itu menerusi hantaran Instagram Live, malam semalam.
Tambahnya lagi, berikutan dengan apa yang terjadi pada kala ini, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang ke Malaysia.
Saya sudah beli tiket nak balik Malaysia, tapi apabila baca berita kata polis minta tolong Interpol cari, saya terus koyak tiket. Apabila polis dengan Interpol cari macam ni, memang tidaklah saya nak balik Malaysia.
Terdahulu, selain Caprice, Ketua Pegawai Eksekutif CInta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman juga menjadi tumpuan apabila polis Malaysia khabarnya telah meminta bantuan Interpol untuk menghubungi mereka setelah didakwa gagal memberi kerjasama.
View this post on Instagram
Pada awal bulan lalu, Ebit Lew dilaporkan telah membuat laporan susulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tuduhan fitnah tyang dilemparkan terhadapnya menerusi laman sosial baru-baru ini.
SUMBER : Harian Metro bharian
Leave a Reply