Ini Reaksi Sufian Suhaimi Selepas Selamba Neelofa Bahan Dia

PENYANYI Sufian Suhaimi menganggap tindakan selebriti Neelofa yang cuba ‘mendedahkan’ dirinya kini sudah berpunya hanya sebagai satu gurauan.

Sufian, 30, berkata, dia tidak mengambil hati dengan gurauan tersebut kerana sudah terbiasa berdepan dengan persoalan tentang identiti teman wanitanya.

“Perkara itu hanya gurauan sahaja. Benda seperti ini sudah banyak kali berlaku dan bukan Neelofa sahaja tetapi orang lain juga buat perkara sama.

Sufian anggap usikan mengenai kekasih baharunya sebagai garauan semata-mata.

Sufian menyangkal sudah mempunyai kekasih.

“Disebabkan sering diusik, jadi saya sudah terbiasa dan tiada masalah tentangnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sufian memberi reaksi itu sebagai menjawab tindakan Neelofa yang mengatakan dirinya sudah berpunya menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

“Sufian sudah berpunya, namanya bermula dengan huruf…,” kata Neelofa.

Namun Sufian sempat menyangkal usikan itu dan menyangkal sudah mempunyai kekasih.

“Mana ada,” katanya ringkas.

Perkara tersebut turut menarik perhatian netizen yang rata-rata ingin mengetahui siapakah wanita yang berjaya mencuri hati penyanyi lagu Di Matamu itu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda


Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*